KEHIDUPAN PERIBADI Maman Teacher's Pet

Maman dilahirkan di Singapura. Beliau adalah anak ketiga, dari empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di sekolah di Singapura. Maman juga telah menamatkan "National Service" yang menjadi kewajipan rakyat Singapura.

Maman meminati bidang muzik sejak dia berusia 9 tahun. Dia telah menjumpai sebuah gitar lama yang mempunyai satu tali sahaja, dekat dengan kediamannya di Queen Crescent, Singapura, dan dengan gitar tersebutlah Maman belajar cara bermain gitar. Dia mengumpul duit dengan bekerja membantu kedai menjual makanan untuk membeli tali lain untuk gitar tersebut. Kesungguhannya untuk mengejar cita-citanya menjadi pemuzik dan penyanyi, semuanya bermula dari gitar tersebut. Maman belajar bermain berbagai alat muzik, sendiri (self-taught) dan dengan ketekunannya, dia berjaya mencipta lagu pertamanya pada usia 16 tahun bertajuk "Masihkah Ada Harapan". Lagu tersebut diselitkan di dalam album "Di Suatu Hari Di Suatu Waktu".

Satu perkara yang selalu ditekankan oleh Maman ialah bagaimana dia menyelamatkan dirinya dari terjebak di dalam kancah dadah, yang pada tahun 1980an, sangat berleluasa di kalangan remaja. Dengan berpegang kuat kepada cita-citanya untuk berjaya di dalam hidupnya dan dengan berbekalkan bakat dan cinta kepada muzik Maman terselamat dari pengaruh dadah dan gangsterism di tempat dia membesar. Muzik adalah faktor yang membuat Maman terus melangkah ke depan untuk berjaya. "The rest is history" sebagaimana yang diungkapkan oleh mereka yang berjaya seperti Maman.

Maman telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Malaysia, Fayza Mohamed Amin[1] dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Selain dari bidang muzik, Maman juga merupakan seorang penggemar basikal "custom-made", di mana rekaan basikalnya telah di paparkan di majalah basikal di rantau ini. Maman juga adalah seorang penggemar pengendalian "quadcopter" untuk penggambaran jarak tinggi (aerial photography).

Rujukan

WikiPedia: Maman Teacher's Pet https://music.apple.com/my/album/di-suatu-hari-di-... https://artismeletop.blogspot.com/2014/10/maman-te... https://www.discogs.com/artist/5798031-Nasser-Abu-... https://www.discogs.com/artist/6529692-Teachers-Pe... https://www.instagram.com/mamanteacherspet_officia... https://my.linkedin.com/in/fayzamin https://www.shazam.com/track/220064231/warisan-wan... https://open.spotify.com/album/2ZEyYpTM5qPXtrRsoom... https://twitter.com/officialmamanx?lang=en https://mamanteacherspet.weebly.com